Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

Isnin, 1 Ogos 2011

CADANGAN MENUBUHKAN KELAB ALUMNI SK BUKIT GAMBIR

CADANGAN MENUBUHKAN KELAB ALUMNI SK BUKIT GAMBIR

Dari Pn.Hjh. Hawa Bte Dumun - Guru Besar SK Bukit Gambir.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan pelawat Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir (jba5012.blogspot.com) untuk memberi pandangan dan cadangan yang membina untuk peningkatan dan kecemerlangan sekolah.
Baca seterusnya...



Khususnya ditujukan kepada bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di Sk. Bukit Gambir, ledang, Johor. Kami berusaha mengumpulkan pelajar-pelajar untukmenubuhkan Alumni Sk. Bukit Gambir. Kami memerlukan kerjasama tuan-puan bagi menjayakan projek bersama dengan PIBG.

Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan meningkatkan semangat 1Malaysia di antara alumni dengan pihak sekolah.

1 Memastikan hubungan di antara pelajar dengan guru tidak terputus selepas tamat persekolahan.

2 Menjalin kerjasama dan mendapatkan sokongan daripada bekas-bekas pelajar Sk. Bukit Gambir bagi menjayakan program dan aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah seterusnya memberi sumbangan dan menabur bakti menuai budi kepada sekolah melalui aktiviti yang akan dijalankan.
3 Mempromosi dan menarik minat orang ramai terhadap Sk. Bukit Gambir untuk menjadi warga Sk. Bukit Gambir seterusnya menjadi alumni sekolah melalui Alumni Sk. Bukit Gambir.

4 Melibatkan bekas pelajar Sk. Bukit Gambir dengan aktiviti berpersatuan dan bijak dalam mengendalikan sesuatu organisasi.

5 Mendapatkan dana kewangan daripada individu, syarikat dan sumber-sumber lain untuk aktiviti – aktiviti kelab dan sekolah.
Sekiranya tuan-puan berminat sila jadi ahli dan pengikut blog Sk. Bukit Gambir.
Terima Kasih

2 ulasan:

  1. Mohon senarai nama GB SK Bkt Gambir dari awal pembukaan sekolah hingga sekarang dan tempoh jawatan. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. bagus cadangan ni, Sekurang-kurangnya senior-senior yang sudah lama tak berhubung pun boleh jumpa.. :)

    BalasPadam

ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009