Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

MISI , VISI DAN ORGANISASI

MISI SEKOLAH

MEMBANGUNPOTENSI INDIVIDUMELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Untuk merealisasikan Misi tersebut Warga SKBG memastikan
1. Pencapaian kurikulum ditahap terbaik dan cemerlang.
2. Pencapaian Kokurikulum sentiasa cemerlang.
3. Pencapaian disiplin ditahap terbaik.
4. Persekitaran sekolahyang kondusif.
5. Pengurusan dan pentadbiran yang episyen.

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Skbg menjadi sekolah berpotensi dan cemerlang di bidang akademik & Kokurikulum menjelang 2012
1. Memupuk minat belajar yang tinggi danberkekalan 
    dikalangan murid.
2. Meningkatkan kecekapan dalam kemahiran belajar 
    dan berfikir dikalangan murid.
3. Meningkat Prestasi akademik dan mempergiatkan 
    lagi aktiviti ko-kurikulum.
4. Memupuk minat murid dalam bidang Matematik,
    Sains dan Komputer supaya murid bersedia menghadapi 
    persaingan dan cabaran masa depan.
5. Menekankan kepada akhlak yang mulia serta 
    menghayati dan mengamalkan ajaran agama

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga SKBG dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan segala usaha dan tenaga kami untuk :

PELAJAR
1. Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan tiga 
    bulan sebelum peperiksaan.
2. Memeriksa buku latihan murid selewat-lewatnya 
    tiga hari selepas dikumpulkan.
3. Memastikan markah ujian dan peperiksaan 
    diserahkan kepada murid dalam tempoh tiga 
    minggu  selepas tarikh akhir peperiksaan.

STAF / KAKITANGAN
1. Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran 
    daripada stakeholder berkaitan dengan perjawatan 
    dan latihan dibuat selewat-lewatnya tiga hari pada 
    surat diterima.
2. Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya
    empat kali setahun.
3. Semua peruntukan perjalanan diproses dalam masa 
    seminggu selepas borang dihantar.

IBU BAPA / PENJAGA
1. Segala aduan dan rayuan hendaklah diambil tindakan 
    dalam masa tujuh hari.
2. Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam 
    masa 30 minit.
3. Memastikan ibu bapa dapat maklumat terkini tentang 
    pencapaian pendidikan anak-anak mereka sebelum cuti    
    persekolahan.

KOMUNITI
1. Semua aduan yang dipohon akan dilayan dalam 
    tempoh 1hari dari masa aduan dihantar kepada pihak
    yang berkenaan.
2. Memberi maklum balas kepada semua surat arahan 
    dari stakeholder selewat-lewatnya tiga hari 
    selepas surat diterima.

ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009