Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

Ahad, 25 Julai 2010

PENGAKAP SK. BUKIT GAMBIR JOHAN PERTANDINGAN KAWAD 2010 PADA 24HB.JULAI 2010.



Pn. Hjh. Hawa bte Dumun Guru Besar Sk Bukit Gambir merasmikan Pertandingan Kawad Kaki 2010 sk Bukit Gambir. Dalam ucapannya Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang menganjurkan pertandingan tersebut. Beliau juga berharap dengan adanya pertandingan ini dapat membantu membentuk murid yang bersahsiah dan berdisiplin tinggi. Dalam pertandingan tersebut Persatuan Pengakap telah menjadi Johan, Tempat kedua Persatuan Pandu Puter dan tempat ketiga Persatuan Bulan Sabit Merah.
Klik pada tajuk untuk lihat gambar seterusnya...

Jumaat, 9 Julai 2010

BULAN KECERGASAN SK. BUKIT GAMBIR 1HB HINGGA 31 JULAI 2010



BULAN KECERGASAN 1HB-31HB JULAI 2010

 GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM SK BUKIT GAMBIR EN. RAMLAN BIN MOKHTAR MEWAKILI GURU BESAR SKBG MERASMIKAN PELANCARAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2010.
Dalam ucapan beliau mengharapkan  agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat.Beliau juga berkata Kementerian Pelajaran Malaysia amat mengambil berat perhatian yang serius terhadap taraf kecergasan murid-murid sekolah. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum.Sehubungan itu , bagi mencapai matlamat ini supaya berkekalan dan menjadi budaya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan Bulan Julai julai sebagai bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Sila klik pada tajuk untuk ucapan dan gambar-gambar seterusnya........

Khamis, 8 Julai 2010

LAWATAN KELAS PENDIDIKAN KHAS KE LANGKAWI PADA 23HB JUN 2010 -GAMBAR DISUMBANGKAN OLEH CT.KHADIJAH

Lawatan murid-murid Pendidikan Khas Skbg bersama guru dan ibubapa ke Langkawi.
Pn. Guru Besar Pn. Hjh. Hawa bte Dumun mengucapkan syukur dan tahniah kepada peserta lawatan yang terlibat kerana perjalanan pergi dan balik selamat Alhamdulilah. Lawatan berjalan dengan lancar mengikut program yang dirancang.

gambar seterusnya boleh klik pada tajuk.......

ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009