Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011


Guru Besar Sk Bukit Gambir Pn. Hjh.Hawa Bte Dumun mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada Warga Sk Bukit Gambir terutama kepada Guru-guru, kakitangan sekolah, anak-anak murid serta ibu bapa.

Isnin, 22 November 2010

Permohanan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011
bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat
di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) / sekolah rendah / sekolah menen...gah / sekolah bantuan kerajaan di
bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman
web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini.
Sumber dari KPM

Rabu, 10 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT GAMBIR 2010 PADA 11HB.NOVEMBER 2010

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


INSTRUMEN SGM
Instrumen SGM Online
Instrumen SGM boleh diakses terus menerusi URL Berikut http://www.moe.gov.my/sgm . Pengguna perlu mempunyai ID dan katalaluan untuk menggunakan /menjawab instrumen secara Online. Bagi Pengguna baru perlulah mendaftar untuk menggunakan Instrumen secara online ini.[Daftar Pengguna Baru]


klik pada tajuk untuk kepaparan seterusnya

Ahad, 7 November 2010

Sabtu, 6 November 2010




SELAMAT HARI DEEPAVALI


Selamat Hari Deepavali

Pn. Hjh. Hawa bte Dumun Guru Besar Sk Bukit Gambir mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada ibubapa dan anak-anak murid berketurunan India khususnya di Sk Bukit Gambir.

Rabu, 3 November 2010

PESTA PERMAINAN 2010 SK BUKIT GAMBIR PADA 4HB. NOVEMBER 2010

TAKLIMAT KEPADA IBUBAPA MURID PRA SEKOLAH BAGI SESI 2011 PADA 4HB.NOVEMBER 2010

Pn. Hjh. Hawa bte Dumun Guru Besar Sk. Bukit Gambir menyampaikan taklimat dan penerangan kepada ibubapa murid Pra Sekolah Sesi 2011 turut hadir dalam majlis tersebut GPK Hem Sk. Bukit Gambir Tn. Hj. Aziz Bin Isnin serta guru-guru dan pembantu Pra sekolah Sk. Bukit gambir. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibubapa dalam majlis tersebut dan seterusnya mengharapkan penglibatan ibubapa dalam apa juga aktiviti Pra Sekolah demi kemajuan anak-anak.



 Klik pada tajuk untuk paparan seterusnya...

Ahad, 31 Oktober 2010

Sabtu, 23 Oktober 2010

Jumaat, 22 Oktober 2010

Rabu, 20 Oktober 2010

AKIBAT JEREBU DAERAH MUAR/LEDANG

Dipetik dari Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Muar....

Selasa, 12 Oktober 2010

MAJLIS HARI RAYA PENDIDIKAN KHAS SKBG 23HB SEPTEMBER 2010

Klik pada tajuk untuk lihat paparan seterusnya...

Isnin, 27 September 2010

PROGRAM SELEPAS UPSR ( TAHUN 6 )


Tn. Hj. Jasmi bin Jabar GPK Kutikulum SKBG menyampaikan cenderahati kepada penceramah undangan En. Tajuldin Bin Indah Kaunslor SMK Bukit Gambir.
Klik pada tajuk untuk lihat paparan seterusnya...

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH PADA 25HB. SEPTEMBER 2010 (SABTU)

Selasa, 21 September 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN FIZIKAL 

KESIHATANSebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaanKeadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:


Klik pada tajuk untuk lihat paparan seterusnya...



Isnin, 20 September 2010

UPSR 2010 BERMULA ( 21hb. September 2010 )


Pn. Guru Besar Pn. Hjh. Hawa bte Dumun, Barisan Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-guru, PIBG serta warga Sk. Bukit Gambir mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR 2010 pada anak-anak didik di Sk. Bukit Gambir dengan Doa yang berbunyi,

” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Klik pada tajuk untuk lihat paparan seterusnya...

Khamis, 2 September 2010

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA SK. BUKIT GAMBIR

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE 53 PERINGKAT SEKOLAH DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PADA 2HB. OGOS 2010

SUMBANGAN PAKAIAN HARIRAYA UNTUK ANAK YATIM DAN MISKIN DI BUTIK KELUGAARGAKU MELAKA - SUMBANGAN IBUBAPA DAN ORANG PERSEORANGAN.


Anak-anak yatim dan miskin teruja memilih pakaian hari raya di Butik Keluarga.  Program ke Melaka ini melibatkan murid seramai 64 orang. Terima kasih juga kepada dermawan yang menyumbangkan wang dan tambang bas untuk murid ke Melaka. Program ini diiringi oleh 6 orang guru.

Rabu, 18 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Pn. Hjh. Hawa bte Dumun Guru Besar Sk. Bukit Gambir Ledang mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua warga Sk. Bukit Gambir dan tidak lupa pada anak-anak didik dan para ibubapa pelajar sk Bukit Gambir.

Selasa, 3 Ogos 2010

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT BAGI CALON UPSR 2010 SK.BUKIT GAMBIR PADA 3HB. OGOS 2010 MAJLIS BERMULA JAM 7.00 MALAM.

LAWATAN KE PAMERAN PESTA BUKU NEGERI JOHOR 2010 PADA 3HB. OGOS 2010 BERTEMPAT DI DANGA CITY MALL, JOHOR BAHARU.



En.Salikin bin M. Lani (GPM) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan Pihak Sekolah kepada Wakil Pejabat Menteri Besar Johor. Beliau juga menyampaikan salam Pn. Hajah Hawa bte  Dumun Guru Besar Sk. Bukit Gambir kepada YAB Dato' di atas sumbangan berbentuk makan tengahari pada perserta lawatan sekolah ke Pameran Pesta Buku 2010.

klik pada tajuk untuk melihat gambar seterusnya...

Ahad, 25 Julai 2010

PENGAKAP SK. BUKIT GAMBIR JOHAN PERTANDINGAN KAWAD 2010 PADA 24HB.JULAI 2010.



Pn. Hjh. Hawa bte Dumun Guru Besar Sk Bukit Gambir merasmikan Pertandingan Kawad Kaki 2010 sk Bukit Gambir. Dalam ucapannya Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang menganjurkan pertandingan tersebut. Beliau juga berharap dengan adanya pertandingan ini dapat membantu membentuk murid yang bersahsiah dan berdisiplin tinggi. Dalam pertandingan tersebut Persatuan Pengakap telah menjadi Johan, Tempat kedua Persatuan Pandu Puter dan tempat ketiga Persatuan Bulan Sabit Merah.
Klik pada tajuk untuk lihat gambar seterusnya...

Jumaat, 9 Julai 2010

BULAN KECERGASAN SK. BUKIT GAMBIR 1HB HINGGA 31 JULAI 2010



BULAN KECERGASAN 1HB-31HB JULAI 2010

 GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM SK BUKIT GAMBIR EN. RAMLAN BIN MOKHTAR MEWAKILI GURU BESAR SKBG MERASMIKAN PELANCARAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2010.
Dalam ucapan beliau mengharapkan  agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat.Beliau juga berkata Kementerian Pelajaran Malaysia amat mengambil berat perhatian yang serius terhadap taraf kecergasan murid-murid sekolah. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum.Sehubungan itu , bagi mencapai matlamat ini supaya berkekalan dan menjadi budaya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan Bulan Julai julai sebagai bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Sila klik pada tajuk untuk ucapan dan gambar-gambar seterusnya........

Khamis, 8 Julai 2010

LAWATAN KELAS PENDIDIKAN KHAS KE LANGKAWI PADA 23HB JUN 2010 -GAMBAR DISUMBANGKAN OLEH CT.KHADIJAH

Lawatan murid-murid Pendidikan Khas Skbg bersama guru dan ibubapa ke Langkawi.
Pn. Guru Besar Pn. Hjh. Hawa bte Dumun mengucapkan syukur dan tahniah kepada peserta lawatan yang terlibat kerana perjalanan pergi dan balik selamat Alhamdulilah. Lawatan berjalan dengan lancar mengikut program yang dirancang.

gambar seterusnya boleh klik pada tajuk.......

Selasa, 29 Jun 2010

HARI TERBUKA SK BUKIT GAMBIR LEDANG PADA 30HB.JUN 2010

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM SEJAHTERA,
SALAM SATU MALAYSIA.
 PN. GURU BESAR SK BUKIT GAMBIR PN. HJH. HAWA BINTI DUMUN MERAKAMKAN TERIMA KASIH BAGI PIHAK SEKOLAH DI ATAS KEHADIRAN IBUBAPA PADA MAJLIS HARI TERBUKA SK BUKIT GAMBIR TAHUN 2010 PADA HARI INI 30HB.JUN 2010
Sila klik pada tajuk untuk melihat gambar seterusnya.

HARI TERBUKA PENDIDIKAN KHAS BUKIT GAMBIR

Hari terbuka Sk. Bukit Gambir

Ahad, 16 Mei 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG 1MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Sabtu, 15hb. Mei 2010

Tuan Guru Besar SK. Bukit Gambir Pn. Hjh. Hawa Bte Dumun menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Gotong-Royong 1Malaysia Sempena Sambutan Hari Guru.

Jumaat, 14 Mei 2010

SAJAK : 'GURU O GURU'

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KALI KE 39- "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

        Tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa amat tepat sekali. Bayangkanlah jika tiada guru yang mengajar kita selama ini? Tiada lawyer, jurutera, arkitek dsbg dikalangan kita. Masalah sosial yang mencengkam remaja kita terutama para pelajar kita tidak dapat tidak guru lah orang yang nombor wahid bagi menanganinya selepas ibu bapa.

baca seterusnya klik pada tajuk.... 

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KALI KE 39- "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" DARI GURU BESAR SK. BUKIT GAMBIR PN. HJH. HAWA BTE DUMUN.




"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Guru Besar Sk. Bukit Gambir Pn. Hjh. Hawa bte Dumun mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada
semua guru khususnya Warga Sekolah Kebangsaan Bukit gambir, Ledang.

Selasa, 11 Mei 2010

TARIKH 16HB. MEI DIPILIH SEBAGAI HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
logo


                                                               LOGO HARI GURU


Baca seterusnya klik pada tajuk.......

Jumaat, 7 Mei 2010

MESYUARAT GURU 8HB.MEI 2010 ( SABTU )

Guru Besar Sk. Bukit Gambir Pn. Hjh. Hawa Bte Dumun mempengerusikan Mesyuarat Pentadbiran Kali ke-2 pada 8hb. Mei 2010. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.35 tengahari.

Lihat seterusnya.......

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 5HB. MEI 2010 ( RABU )

Guru Penolong Kanan Kurikulum SK. Bukit Gambir Tuan Haji Jasmi Bin Jabar menyampaikan taklimat dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pada 5hb. Mei 2010 .

Lihat seterusnya.....

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 28HB. APRIL 2010 ( RABU )

Tn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir Puan Hajah Hawa Bte Dumun menyampaikan maklumat dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pada 28hb. April 2010.

Lihat seterusnya....


Selasa, 27 April 2010

TANGKI MENGAMBIL WUDHUK MURID HAMPIR SIAP

28hb. April 2010 Kolah mengambil wudhuk murid Sk. Bukit Gambir hampir siap menggantikan tangki air sebelum ini. 

Ahad, 25 April 2010

TEMPAT PERTAMA KUIZ KESIHATAN PERGIGIAN PERINGKAT DAERAH LEDANG 2010


Pada 24hb. April 2010 Program Promosi Kesihatan Pergigian Peringkat Daerah Ledang 2010 dijalankan  bertempat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Sk Bukit Gambir telah menghantar wakil ke pertandingan Kuiz Kesihatan Pergigian. Alhamdulilah dan Ucapan Tahniah dari Pentadbiran Sekolah Pn. Hjh. Hawa bte Dumun Guru Besar Sk. Bukit Gambir kepada Guru Pengiring Pn. Nita bte Sikon serta murid yang terlibat kerana berjaya mendapat tempat PERTAMA. Murid yang terlibat tersebut ialah:

PN.NITA BTE SIKON -GURU PENASIHAT
MUHAMAD MUHAIMIN BIN RUSMAN.
MUHAMAD FAIRULLAH BIN IBRAHIM.
NURUL SYAZNI BTE KAMSO.
NUR HAZWANI BTE ZAIN ALWI
NUR QAMARINA BTE MOHSAR.

Lihat seterusnya.....

Khamis, 22 April 2010

ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009