Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

PSS SKBG







Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan 
1.3 Isi kandungan 
1.4 Prosedur pindaan



Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan) 
2.3 Visi PSS 
2.4 Misi PSS 
2.5 Piagam PSS 
2.6 Matlamat PSS 
2.7 Objektif PSS 
2.8 Fungsi & peranan PSS



Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
3.1 Jawatankuasa Induk PSS:-
(a) struktur organisasi 
(b) senarai tugas


3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:-
(a) struktur organisasi 
(b) senarai tugas



Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah
4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)
4.2 Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-
(a) kriteria pemilihan 
(b) pakaian seragam
(c) kehadiran 
(d) senarai tugas 
(e) senarai semak 
(f) borang kebenaran 
(g) surat pelantikan


4.3 Sistem Merit Pengawas PSS
Bab 5 : Peraturan Pusat Sumber Sekolah
5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus 
5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik) 
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat



Bab 6 : Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan 
6.3 Rancangan Tahunan PSS 6.4 Laporan PSS (bulanan & tahunan) 
6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK) 
6.6 Fail Meja (FM) 
6.7 Rancangan Pembangunan PSS 
6.8 Dokumentasi



Bab 7 : Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku
7.2 Prosedur pemilihan koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dan sebagainya) 
7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat 
7.4 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS



Bab 8 : Kewangan Pusat Sumber Sekolah
8.1 Prosedur kewangan
8.2 Punca kewangan 
8.3 Anggaran Perbelanjaan 
8.4 Laporan Kewangan



Bab 9 : Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
9.1 Pengurusan bahan secara berpusat
9.2 Sistem Pengelasan 
9.3 Proses Teknik 
9.4 Pengkatalogan 
9.5 Lokasi bahan 
9.6 Penyusunan bahan



Bab 10 : Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
10.1 Mesyuarat / Taklimat
10.2 Kursus / Bengkel 
10.3 Pertandingan 
10.4 Program Perkembangan Staf 
10.5 Program Orientasi PSS 
10.6 Lawatan 
10.7 Gotong Royong 
10.8 Pameran 
10.9 Minggu PSS 
10.10 Promosi PSS 
10.11 Program Panitia Mata Pelajaran 
10.12 Aktiviti Galak Guna PSS



Bab 11 : Stok dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
11.1 Pengurusan Harta Modal (Kew 312)
11.2 Penyenggaraan Harta Modal (Kew 312A) 
11.3 Daftar Inventori (Kew 313) 
11.4 Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314) 
11.5 Rekod Perolehan Bahan Buku 
11.6 Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku 
11.7 Rekod Perolehan Akhbar 
11.8 Rekod Perolehan Majalah 
11.9 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot dan peralatan) 
11.10 Pelupusan 
11.11 Hapuskira 
11.12 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)




Bab 12 : Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
12.1 Sistem sirkulasi
12.2 Keahlian 
12.3 Pinjaman berkelompok



Bab 13 : Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
13.1 Jenis-jenis perkhidmatan:-
(a) Peminjaman buku 
(b) Peminjaman buku rujukan 
(c) Peminjaman berkelompok 
(d) Peminjaman bahan bukan buku 
(e) Peminjaman peralatan 
(f) Peminjaman pihak luar 
(g) Reprografi 
(h) Koleksi soalan 
(i) Rakam salin 
(j) Sebaran maklumat 
(k) Rekreasi 
(l) Khidmat nasihat dan bimbingan 
(m) Pameran 
(n) Promosi dan sebagainya



13.2 Waktu perkhidmatan:-
(a) Satu masa khas setiap kelas
(b) Waktu rehat 
(c) Waktu tengah hari 
(d) Waktu petang 
(e) Hari sabtu 
(f) Cuti sekolah 
(g) Jadual waktu Guru Perpustakaan & Media



Bab 14 : Automasi Pusat Sumber Sekolah
14.1 Sistem yang digunakan
14.2 Sistem keselamatan 
14.3 Menu utama 
14.4 (Output) 
14.5 Prosedur memasukkan data 
14.6 Alat Pembaca Label Kod Berpalang (Bar code) 
14.7 Rangkaian (networking) 
14.8 Carian maklumat 
14.9 Laporan



Bab 15 : Program Bacaan (NILAM)
15.1 Konsep Program NILAM:-
(a) Latar belakang 
(b) Rasional 
(c) Asas pertimbangan 
(d) Pendekatan 
(e) Model program nilam 
(f) Tahap program nilam (jauhari & rakan pembaca) 
(g) Sistem ganjaran



15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-
(a) Pengenalan 
(b) Pelaksanaan 
(c) Bahan 
(d) Peranan 
(e) Pengumpulan data 
(f) Contoh-contoh rekod bacaan 
(g) Aktiviti NILAM – Bulan Membaca Kebangsaan (Julai), Hari Buku Sedunia (23 April), Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa (Hari Isnin minggu keempat bulan Oktober)


Bahagian-bahagian dalam Fail Kuasa:-

Fail Kuasa PSS terdiri daripada bahagian-bahagian yang dinyatakan seperti berikut:-
(a)  Muka surat judul
(b)    Pengenalan kepada Fail Kuasa
(c)  Isi kandungan Fail Kuasa
(d)  Kandungan dan pindaan mengikut bab

Susunan kandungan Fail Kuasa:-
Kandungan dalam Fail Kuasa hendaklah disusun seperti berikut:-
(a)  Setiap bab akan dinamakan mengikut tajuk utama
(b)  Selepas tajuk utama akan disusun pula kandungan bab berkenaan
(c)  Borang berkuatkuasa bab berkenaan yang telah disahkan
(d)  Jika ada pindaan, borang pindaan akan disusun di akhir bab berkenaan
mengikut bilangan pindaan (sila rujuk Lampiran B – gunakan kertas berwarna hijau).

GPMS haruslah bertanggungjawab merangka isi kandungan sesebuah Fail Kuasa sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS. Ini adalah kerana salah satu fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukkan dasar atau polisi mengenai peraturan , perlantikkan jawatankuasa, pemerolehan bahan, proses kerja dan sebagainya. Selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat tersebut barulah Fail kuasa berkenaan dikuatkuasa sepenuhnya.GPMS perlu mengisi “Borang Pengesahan Bab Fail Kuasa PSS” yang dicetak dengan kertas warna kuning.
1. Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPMS)
2. GPMS baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk fail kuasa tersebut.
3. Mengelak berlakunya percanggahan idea dalam proses kerja di kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan PSS.
4. Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.
-dipetik dari buku panduan pengurusan PSS untuk GPMS keluaran BTP-
Fail kuasa PSS adalah fail yang paling penting dalam menguruskan sesebuah PSS. Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar / polisi dan keputusan-keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.
Anggapan yang mengatakan bahawa Fail Kuasa itu sama dengan “Rancangan Pembangunan PSS (Blue Print)” adalah salah.  ‘Blue Print’ adalah sebahagian daripada Fail Kuasa.  Dengan itu segala perkhidmatan, program dan aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan mengikut landasan yang ditetapkan dalam fail kuasa.
Fail Kuasa merupakan satu rekod tentang pernyataan dasar dan keputusan yang diambil tentang satu-satu prosedur PSS.  Fail Kuasa PSS harus dirangka secara kolektif oleh Ahli Jawatankuasa PSS dan perlu diubah suai dari semasa ke semasa mengikut keperluan PSS berkenaan.
Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko kurikulum
2.    
Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah. 

Menjadi pusat perhubungan diantara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahankan maklumat selaras denga keperluan kurikulum.

Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

Menyediakan peluang pelajar mengambangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
9
Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran. dipetik dari buku Panduan Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah, tulisan Jamaiah Hj Osman dan Yusop Khan Loth Khan-


Menurut buku “Pusat Sumber Sekolah Untuk Sekolah Rendah dan Menengah” tulisan Siti Hajar Hj Abdul Aziz dan Kamarudin Hj Husin (1996),keluaran Budiman Sdn.Bhd, menyatakan terdapat empat matlamat utama iaitu :
Untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Membentuk profesion perguruan yang lebih matang dan mantap. Mewujudkan golongan pelajar yang berpengetahuan, dinamis, kreatif dan berdisiplin. Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan bandar. Manakala, buku “Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah” keluaran PTS Profesional (2005), menyatakan matlamat Pusat Sumber Sekolah ialah: Meningkatka mutu pendidikan di sekolah. Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif. Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Jika dilihat daripada pendapat dari dua buah buku tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat PSS adalah meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dan juga membantu guru-guru dan juga pelajar meningkatkan tahap pendidikan mereka supaya menjadi golongan yang lebih berilmu, kreatif, dinamik dan berinovasi serta berdisiplin.
Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali sebagai PSS adalah satu tempat dimana dikumpulkan segala jenis alat dan bahan media pendidikan. Semua bahan dan alat ini dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Kebanyakkan guru ataupun murid telah tersalah anggap. Mereka menganggapkan bahawa PSS itu adalah perpustakaan, sebenarnya PSS merangkumi keseluruhan sekolah manakala perpustakaan adalah salah satu komponen yang ada dalam PSS. Konsep sebenar PSS adalah merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran, melalui penggunaan alat dan bahan yang disediakan.






ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009