*Maklumat tentang Program j-QAF yang tersedia di website ini sentiasa dikemaskini dan berubah dari semasa kesemasa. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak sekolah. Program j-QAF terdiri daripada empat komponen asas utama iaitu : 1. j - Jawi 2.Q -Al-Quran 3.A - Bahasa Arab 4.F - Fardu Ain KEM BESTARI SOLAT ( Komponen yang ke empat - Fardu Ain ) Kem Bestari Solat merupakan aktiviti pengukuhan Ibadah solat yang mana ianya merupakan salah satu cabang daripada Program j-QAF. Aktiviti yang dilaksanakan bertujuan memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan,perbuatan,ilmu pengetahuan dan penghayatan.Ia dilaksanakan secara intensif di tempat dan masa khas diluar waktu persekolahan mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. Program ini melibatkan murid tahun satu , dua dan tiga. OBJEKTIF 1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna. 2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardu. 3. Murid dapat melaksanakan semua perbuataan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar 4. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah. AMALI WUDUK 1.. Guru akan menunjukkan cara mengambil wuduk dengan betul sambil diperhatikan oleh pelajar. 2. Guru hendaklah menganalisa pergerakan cara murid melakukan wuduk. 3. Guru hendaklah menunjukkan cara yang betul bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. (.............) BACAAN ASAS DALAM SOLAT 1. Guru menerangkan bacaan niat solat secara individu dan berjemaah dengan bacaan yang tartil dan bertajwid. 2. Menerangkan bacaan surah-surah lazim yang perlu dibaca ketika solat. 3. Menerangkan bacaan asas dalam solat pada setiap rukun. SASARAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU 1.Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk. 2.Murid dapat berwuduk dengan sempurna. 3.Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan. 4.Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjamaah. TAHUN DUA 1.Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk. 2.Murid dapat menghafaz doa sebelum dan selepas wuduk. 3.Murid dapat menghafaz doa Iftitah,surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas. TAHUN TIGA 1.Murid dapat melafaz niat solat berjamaah dengan betul dan lancar. 2.Murid dapat melafazkan bacaan Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir. 3.Murid dapat membaca surah al-Masad,an-Nasr,al-kafirun dan al-Kauthar dengan betul dan lancar. 4.Murid dapat melafazkan doa Qunut serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. 5.Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat. 6.Murid dapat melaksanakan solat berjamaah dengan sempurna. PERATURAN PERLAKSANAAN TAHUN SATU 1.LDK 1 – Anggota, niat dan cara berwuduk. 2.LDK 2 – Amali wuduk. 3.LDK 3 – Niat solat 4.LDK 4 – Bacaan pendek dalam solat 5.LDK 5 – Perlakuan solat 6.LDK 6 – Amali solat TAHUN DUA 1.LDK 1 – Anggota,niat dan cara berwuduk. 2.LDK 2 - Doa Iftitah dan surah al-Fatihah 3.LDK 3 - Bacaan duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal. 4.LDK 4 - Bacaan surah pendek. 5.LDK 5 – Amali wuduk. 6.LDK 6 – Amali solat. TAHUN TIGA 1.LDK 1 – Lafaz niat berjamaah serta cara pelaksanaannya. 2.LDK 2 – Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir. 3.LDK 3 – Bacaan surah;al-Masad,an-Nasr,al-Kafirun dan al-Kauthar 4.LDK 4 – Bacaan dalam solat;doa Qunut,rukuk,iktidal,sujud dan duduk antara dua sujud. 5.LDK 5 – Perkara membatalkan wuduk dan solat | |
Isnin, 8 Mac 2010
KEM BISTARI SOLAT SK BUKIT GAMBIR PADA 9HB.MAC 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009
TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS
HARI : KHAMIS
HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )
TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU
HARI : SABTU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan