Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

Ahad, 16 Mei 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG 1MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Sabtu, 15hb. Mei 2010

Tuan Guru Besar SK. Bukit Gambir Pn. Hjh. Hawa Bte Dumun menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Gotong-Royong 1Malaysia Sempena Sambutan Hari Guru.

Jumaat, 14 Mei 2010

SAJAK : 'GURU O GURU'

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KALI KE 39- "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

        Tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa amat tepat sekali. Bayangkanlah jika tiada guru yang mengajar kita selama ini? Tiada lawyer, jurutera, arkitek dsbg dikalangan kita. Masalah sosial yang mencengkam remaja kita terutama para pelajar kita tidak dapat tidak guru lah orang yang nombor wahid bagi menanganinya selepas ibu bapa.

baca seterusnya klik pada tajuk.... 

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KALI KE 39- "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" DARI GURU BESAR SK. BUKIT GAMBIR PN. HJH. HAWA BTE DUMUN.




"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Guru Besar Sk. Bukit Gambir Pn. Hjh. Hawa bte Dumun mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada
semua guru khususnya Warga Sekolah Kebangsaan Bukit gambir, Ledang.

Selasa, 11 Mei 2010

TARIKH 16HB. MEI DIPILIH SEBAGAI HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
logo


                                                               LOGO HARI GURU


Baca seterusnya klik pada tajuk.......

Jumaat, 7 Mei 2010

MESYUARAT GURU 8HB.MEI 2010 ( SABTU )

Guru Besar Sk. Bukit Gambir Pn. Hjh. Hawa Bte Dumun mempengerusikan Mesyuarat Pentadbiran Kali ke-2 pada 8hb. Mei 2010. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.35 tengahari.

Lihat seterusnya.......

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 5HB. MEI 2010 ( RABU )

Guru Penolong Kanan Kurikulum SK. Bukit Gambir Tuan Haji Jasmi Bin Jabar menyampaikan taklimat dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pada 5hb. Mei 2010 .

Lihat seterusnya.....

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 28HB. APRIL 2010 ( RABU )

Tn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir Puan Hajah Hawa Bte Dumun menyampaikan maklumat dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pada 28hb. April 2010.

Lihat seterusnya....


ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009