Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

Khamis, 25 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010/1431H


 


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010/1431H  diucapkan kepada semua umat Islam
Daripada Guru Besar serta warga SKBG

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
sambungan....

Rabu, 24 Februari 2010

HARI KEJOHANAN SUKAN KALI KE-50 SK. BUKIT GAMBIR PADA 24HB.FEBUARI 2010 ( RABU)

 


Tn. Guru Besar Pn. Hjh. Hawa bte Dumun mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sukan kali ke-50 Sk. Bukit Gambir terutama kepada guru-guru, PIBG, dan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi kelancaran majlis ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perasmi Kejohanan iaitu En. Ishak Bin Ismail Penghulu Mukim Gersek kerana kesudiannya hadir dan merasmikan majlis tersebut.


ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009