Pelawat blog ini.

Dari Pn. Guru Besar Sk. Bukit Gambir. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan Salam 1MALAYSIA. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya maka lahirlah blog Edisi Khas , Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang berjaya menyahut cabaran ke arah Budaya Kerja Cemerlang. Laman Blog Rasmi Sk. Bukit Gambir diterbitkan dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai media penyampai maklumat kepada seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa. Sesungguhnya saya amat percaya bahawa kecemerlangan sekolah pada hari ini dan akan datang amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Terbitnya Blog Sk. Bukit Gambir 2009 ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dalam mengorak langkah ke arah mencipta kejayaan demi kejayaan khususnya untuk anak-anak didik di sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang. Insyaallah... Akhir kata, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dalam mempastikan pendidikan ke arah kecemerlangan anak-anak di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

Marquee

Isnin, 5 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH BERSAMA PROGRAM RIMUP PADA 01.10.2009





PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH AMBILAN 2009



KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
BAGI PENGAMBILAN NOVEMBER 2009


A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Mode Kursus Dalam Cuti.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Warganegara Malaysia.
1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 23 November 2009 iaitu lahir paada atau selepas 23 November 1964.
1.4 Telah disahkan dalam jawatan.
1.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
1.6 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.
2. SYARAT TAMBAHAN
2.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dalam bidang pengajian yang dipohon.
2.2 Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang sesuai (contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun, KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme, dan kursus lain yang berkaitan).
2.3 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar.
2.4 Kesihatan yang baik.
2.5 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini iaitu markah melepasi 85% keatas.
2.6 Telah membuat pengisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
3. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
3.1 Calon yang sedang mengikuti KSPK atau KDP 14 minggu Prasarjana Muda Pengajaran.
3.2 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.

4. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program
: Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Bagi Guru Terlatih Bukan Siswazah

Tempoh Kursus
: 23 November 2009 - Disember 2013
Mode Kursus
: Kursus Dalam Cuti (KDC)
Program ini dijalankan dalam tempoh selamat empat (4) tahun secara mode Kursus Dalam Cuti di Institut Pendidikan Guru (IPG). Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.

5. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
5.1 Permohonan PGSR Ambilan November 2009 ini boleh dibuat secara Dalam Talian sahaja melayari Internet http://www.moe.gov.my
Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut di atas untuk meneliti e-Panduan Permohonan dan memahami dahulu cara-cara membuat permohonan secara Dalam Talian ini.
5.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat mulai 05 Oktober 2009.
5.3 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
5.4 Maklumat permohonan yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
5.5 Calon perlu cetak borang permohonan yang telah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Borang permohonan yang telah lengkap(mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri) hendaklah dihantar oleh pemohon ke :
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
62604 Putrajaya.
(u.p: Unit Kursus Dalam Perkhidmatan)
Borang permohonan yang dihantar ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sahaja akan diproses.
5.6 Calon perlu melampirkan salinan kad pengenalan dan dokumen-dokumen sokongan yang lain semasa mengemukakan permohonan ke JPN dan ke BPG. Cetak senarai semak untuk rujukan.
5.7 Calon dikehendaki menyimpan satu salinan borang permohonan yang telah dicetak untuk rujukan peribadi.

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
6.1 Permohonan PGSR Ambilan November 2009 ini ditutup pada 25 Oktober 2009.

7. KEUTAMAAN
Calon-calon yang memenuhi kriteria-kriteria berikut akan diberi keutamaan.
7.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon.
7.2 Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesional yang sesuai (contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas satu tahun, KDP 14 minggu dan kursus-kursus lain yang berkaitan).
7.3 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan.
7.4 Telah menghasilkan bahan atau memberi sumbangan ilmiah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
7.5 Sihat tubuh badan, serta mempunyai kemampuan, keazaman, iltizam dan jati diri untuk mengikuti kursus sehingga tamat pengajian.
7.6 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang atau baik dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini.

8. PENDAFTARAN
Calon yang berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti Program ini akan dikehendaki mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 23 November 2009 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

9. YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian akan ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tempoh pengajian (4 Tahun). Calon hanya perlu membayar RM250.00* (ringgit: dua ratus lima puluh sahaja) setahun bagi tujuan bayaran modul pembelajaran, bayaran perpustakaan dan lain-lain yang berkaitan kursus (butiran lengkap bayaran akan diberi semasa pendaftaran kursus).
* Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada pindaan.

10. IKATAN PERJANJIAN GURU
Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

11. MAKLUMAT TAMBAHAN
(i) Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui internet untuk mengetahui kelayakan dan tawaran ke kursus.
(ii) Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar bidang pengajian dan menempatkan calon-calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
(iii) Pemohon yang berjaya akan diberi kelulusan bagi mengikuti kursus semasa cuti sekolah dengan bergaji penuh dan dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(iv) Peserta yang mengikuti PGSR ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau tajaan dari agensi lain.
(v) Peserta yang ditawarkan ke program PGSR dikehendaki lulus Malaysia University English Test (MUET). Peperiksaan boleh diambil sebelum tamat tempoh pengajian.

B. KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN
Kalendar aktiviti bagi permohonan Program PGSR adalah seperti berikut dan tertakluk kepada pindaan. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat terakhir.



Permohonan dibuka Permohonan ditutup Semakan BPG Pengesahan JPN Pemprosesan Permohonan Semakan Keputusan Pendaftaran
05 Oktober 2009 25 Oktober 2009 31 Okt 2009 02-04 Nov 2009 05 -07 Nov 2009 13 Nov 2009 23 Nov 2009
Iklan disiarkan pada laman web http://moe.gov.my Pindaan permohonan dibenarkan sehingga tarikh tutup. Tarikh akhir BPG membuat semakan borang permohonan. Tarikh akhir JPN membuat pengesahan dan sokongan. Semakan pemilihan calon PGSR untuk ditawar kursus. Senarai calon yang ditawar dipapar pada laman web. Calon yang berjaya melapor diri di Institut Perguruan Malaysia

Catatan :
Sila ambil maklum dan cetak kalendar aktiviti ini untuk simpan dan rujukan anda.


C. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan.
Bahagian Pendidikan Guru Nombor Telefon : 03 - 88841235
Aras 3, Blok E13, Parcel E Nombor Telefon : 03 - 88841243
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Nombor Telefon : 03 - 88841245
62604 Putrajaya Nombor Telefon : 03 - 88841260
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Nombor Telefon : 03 - 88841364/1316
N
Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru Nombor Telefon : 088 - 236804
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88830 Kota Kinabalu, Sabah

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru Nombor Telefon : 082 - 258045
Cawangan Sarawak
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Jalan Kolej
93259 Kuching, Sarawak


KEMBALI

ENGLISH FEST ZON BUKIT GAMBIR PADA 9HB. APRIL 2011

HARI TERBUKA TAHUN 6 SK BUKIT GAMBIR SESI 1/2011 PADA 9HB. APRIL 2011

MESYUARAT PIBG KALI-32 DIRASMIKAN OLEH YB M. ASOJAN ADUN GAMBIR

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PADA ISNIN 28HB.MAC 2011, TEMPAT :BILIK GERAKAN SKBG

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK BUKIT GAMBIR KALI KE-51

Larian Perdana Makhota sk Bukit Gambir pada 16hb Feb.2011

Latihan Kebakaran Sk Bukit Gambir pada 12hb Febuari 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB STAF SK BUKIT GAMBIR DI GUNUNG LEDANG RESORT

MESYUARAT GURU PADA 31HB.DISEMBER 2009

TARIKH : 31HB. DISEMBER 2009
HARI : KHAMIS

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 PADA 26HB.DISEMBER 2009 ( SABTU )

TARIKH : 26HB.DESEMBER 2010
HARI : SABTU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBG PADA 19HB. NOVEMBER 2009